Saturday, January 29, 2011

Kegilaan ku

Tajuk macam best kan.. Jumla kita borak borak sikit.
Setiap orang ada kegilaan dan keobsessan nya yang tersendiri.. Anda setuju or tak dengan saya?
Setuju?? Bagus.. Baiklah, mari kita kongsi sikit kegilaan saya..

Kegilaan yg biasa, saya suka makan dengan terlebih teliti.
Mari saya huraikan sikit. Ok, pernah makan Cloud 9 yang original x? Saya makan mula2 tepi dia dulu yang cokelat tu.. Makan sikit2 sampai nampak isi dalam tu.. Dah habis tepi tu, saya akan bahagikan layer tu kepada dua, 1st layer adalah kacang dan 2nd layer adalah nouget dia yg lembut tu. Lepas tu, sila la jamah kacang itu dulu yer, then lepas kacang dah habis nyum3.. Makan la yg naget tu plak. Best siot makan macam tu.. Selalunya orang lain dah makan 3 ketul saya baru makan seketol. Bukan cloud 9 sahaja sya buat macam tu, Kit KAt, Apolo and FeraroR. pun sya makan macam tu.Bukan pelik kawan2, tapi itu namanya nikmat.. Makan satu2 kadang2 boleh membuatkan saya tau perbezaan dan apa benda yang ada pada makanan tu. Kadang kaang kawan2 dok tegur gak, dah jadi tabiat nak buat macam mana kan.

Kegilaan luar biasa adalah saya pantang berjalan atas tiles.
Nak tau kenapa, sya akan mengelakkan diri daripada pijak line tiles tersebut. Siot jer, dat y la kadang2 sya akan terkedek2 masa berjalan,.. Tapi plez la ehh, hanya tiles besar yang muat kaki jer.. Kalau tiles kecik saya still consider untuk memijak. So, jangan la heran if tgk saya dok tekial2 masa berjalan..

Kegilaan normal saya adalah saya suka perhatikan orang sampai orang itu perhatikan saya balik. Perhatikan orang adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. When I look at them for their act, and style, i will think the reason why they do that do this and wear that and this. Because bagi saya setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri dan kepelikan yang bermacam2. Kadang2 saya akan duduk berjam jam dan perhatikan orang ramai di shopping complex or taman rekreasi. Dudok dan observe, try la buat.. Seronok tau. Gelagat mereka kadang2 membuatkan kita berasa bahawa real life is fun and full of colors.

Kegilaan abnormal saya adalah............... xmao habaq la.. hahaha..

Itu sahaja untuk hari ni.. Saja tulis bosan giler ni...

No comments:

 
me,myself and i'm prisc - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore