Monday, February 21, 2011

My 1st PRK


Ok.. hurmmm.. Actually I'm kinda nervous with this PRK. Saya adalah calon untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP. Ni adalah 1st time PRK di UniMAP and same goes to me too.
But i learned something in this early stage.. That is, a leader should have his or her goals or mission when he want to presenting a community. A leader without a goal is like a ship without destination.. I put my heart into this PRK and Im sincere to be students voice..
Above all.. What I wanna say is..
Call me, Guide me,
Lead me and walk beside me..
I promise, I give my all to represents your Voice..



Friday, February 4, 2011

One In A Million by Ne-Yo



Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain

Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me
Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Saturday, January 29, 2011

Kegilaan ku

Tajuk macam best kan.. Jumla kita borak borak sikit.
Setiap orang ada kegilaan dan keobsessan nya yang tersendiri.. Anda setuju or tak dengan saya?
Setuju?? Bagus.. Baiklah, mari kita kongsi sikit kegilaan saya..

Kegilaan yg biasa, saya suka makan dengan terlebih teliti.
Mari saya huraikan sikit. Ok, pernah makan Cloud 9 yang original x? Saya makan mula2 tepi dia dulu yang cokelat tu.. Makan sikit2 sampai nampak isi dalam tu.. Dah habis tepi tu, saya akan bahagikan layer tu kepada dua, 1st layer adalah kacang dan 2nd layer adalah nouget dia yg lembut tu. Lepas tu, sila la jamah kacang itu dulu yer, then lepas kacang dah habis nyum3.. Makan la yg naget tu plak. Best siot makan macam tu.. Selalunya orang lain dah makan 3 ketul saya baru makan seketol. Bukan cloud 9 sahaja sya buat macam tu, Kit KAt, Apolo and FeraroR. pun sya makan macam tu.Bukan pelik kawan2, tapi itu namanya nikmat.. Makan satu2 kadang2 boleh membuatkan saya tau perbezaan dan apa benda yang ada pada makanan tu. Kadang kaang kawan2 dok tegur gak, dah jadi tabiat nak buat macam mana kan.

Kegilaan luar biasa adalah saya pantang berjalan atas tiles.
Nak tau kenapa, sya akan mengelakkan diri daripada pijak line tiles tersebut. Siot jer, dat y la kadang2 sya akan terkedek2 masa berjalan,.. Tapi plez la ehh, hanya tiles besar yang muat kaki jer.. Kalau tiles kecik saya still consider untuk memijak. So, jangan la heran if tgk saya dok tekial2 masa berjalan..

Kegilaan normal saya adalah saya suka perhatikan orang sampai orang itu perhatikan saya balik. Perhatikan orang adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. When I look at them for their act, and style, i will think the reason why they do that do this and wear that and this. Because bagi saya setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri dan kepelikan yang bermacam2. Kadang2 saya akan duduk berjam jam dan perhatikan orang ramai di shopping complex or taman rekreasi. Dudok dan observe, try la buat.. Seronok tau. Gelagat mereka kadang2 membuatkan kita berasa bahawa real life is fun and full of colors.

Kegilaan abnormal saya adalah............... xmao habaq la.. hahaha..

Itu sahaja untuk hari ni.. Saja tulis bosan giler ni...

Friday, January 14, 2011

I love u..............................

Hah.. Tajuk macam jiwang jerkan tapi takda la sejiwang mana pun.
Serius I cakap.
Korang tau tak apa itu I LOVE YOU??
Bahasa Malaysianya Saya Cinta Awak..
Kalau France plak Je t'aime,
Mandarin Wo Ai Ni,
Hindi Main tumse pyar karta hun (Male say to female) and
Main Tumse pyar karti hun ( Female say to Male),
Japanese is Kimi o ai shiteru (Anata wa, dai suki desu ?) ,
Latin is Te Amo..
Kalau nak tau banyak lagi leh masuk link ni

hmm.. Ok ni soalan pertama yang saya nak tanya, apakah pendapat anda terhadap MAGIC WORDS ni? Ada yang cakap words ni sangat sensitive dan tak boleh pakai sesuka hati. Saya tak la kata saya tak setuju, kadang2 betul juga pendapat itu, memang sensitive la words ni. Bayangkan kalau bf or gf anda melafazkan words ni kat org lain, agak2 korang mengamuk or tepuk tangan?? Kalau saya la, saya tanya I Love You tu, sebagai kawan or more than that? Saya tak marah, tapi cemburu di situ.

Pastu I nak tanya berapakalikah anda pernah melafazkan I love u semenjak dari lahir hingga ke hari ni? Saya banyak kali dah, tak kira kat sapa la, even to my enemy pun I cakap I Love You because Lord say that we must love our enemy. Mula2 x paham apa maksud pesanan itu, tapi bila mendengar penjelasan dari Brothers and Sister di church baru saya paham n bila saya pikir2 balik, those enemy will reveal ur weaknesses and you will fix it and be a better person.. Dont u think it is good??
Ok, now I nak tanya pula, berapa kali kah anda pernah melafazkan MAGIC WORDS itu kepada parents anda semenjak dari lahir hingga ke saat anda membaca entry ini? 1,2 ,3 or more?? Kalau more ok la, congratulation. Melafazkan I LOVE U kpda parents adalah payah bagi sesetengah orang, dulu saya pun macam tu. Nak cakap ILY and pelok dorang agak payah bcoz i have a very strong and high EGO.. Syukur sekarang hati dah terbuka dan saya akan pastikan sya x pernah miss saying I LOVE YOU to my parents bila saya kol mereka kadang2 tiap hari and 2 hari sekali. Trust me, they will miss u more and u feel u are the lucky person to have them in your life. Kawan kawan, end ur conversation especially in phone with the 3 wordsthat are I Love You and take care not PLEZ BANK IN ( 3 words juga kan). Ala, kat bf and gf blh jer cakap ILY awal pagi n b4 tido, takkan kat parents tak boleh kot.. Mulakan slow2, kalau nak tau step boleh tanya saya.
Next adalah the use of I LOVE YOU to your friends. Im sure you have ur bestfriend forever (BFF) in your life. Dont forget to say I LOVE YOU to them even sekali sekala. Especially when they are in great feeling and when they feeling down. Say the words and hug them, u'll feel the energy of great life.. Try2, I buat apa.. Kadang2 kita ego kat kawan2 kita, nak ckp sayang kat dia pkir beribu2 lemon (bak kata izati)) tu pun tak tercakap. Paling senang, cakap la kat dia HAPPY BDAY n I LOVE U... kalau nak cover ego, bawak kwn2 lain ucap reramai I LOVE U kat dia.. Percayalah, hubungan anda pasti kuat dan berkekalan. So, kalau I cakap kat phone with my friends, korang blh dengar i will end it with I love you.. So jgn salah anggap kalau I cakap I love you ka phone, itu bukan boyfren saya, IM SINGLE ok...
Biar saya share sikit apa itu I Love You in my own words and oppinion. OK at first is I learned that love has 3 phases and i forget the name for each phases.

First is love of the feeling of admire or like.
Hah, yang ni saya elaborate macam ni eh.. I love FAIZAL TAHIR.. Bukan bermaksud saya nak FT jadi boyfren or laki I tau, I love him because of his voice and I admire suara dia and lagu2 dia masyuk.. Betol x?? Itu adalah love tahap pertama. Love yang ni boleh berubah bila2 masa sahaja tanpa warning letter tau. Macam contoh, kalau suatu hari nanti FT ni tetiba buat kes and I jadi benci kat dia, dah x sayang dah. Lagu dia pun i teros elergik.. Paham tak Love layer pertama?

2nd layer adalah LOVE OF BEING TOGETHER..
Hah, ni love untuk orang yang berkapel. Dorang asyik nak bekepit jer, setiap masa la kita boleh tengok dorang bersama, tak salah tapi kena jaga la perilaku depan orang ehhh.. Belakang orang pun kena jaga. Masa ni la semua benda nak sama, baju sama, kelas sama, makan sama, hobi sama, macam sweet2 jer kan.. LOL.. Kalau bf kuar dengan kawan pasti si gf akan bertanya mcm polis, u kemana, dgn sapa, buat apa, betol ker?? Agak2 la, lelaki tak suka kena soal siasat mcm ni, dorang RIMAS. Bukan suka2 cakap, saya dah tanya lelaki2 yang rapat dgn saya.. Yang lelaki pun sama, jgn soal siasat mcm Pak Pol if gf anda kuar p shopping.. Dia xkan nampak laki lain dah kalau tgk SALE meletop2 kat pasar raya..

3rd layer adalah Love that will make us willing to SACRIFICE or in other word is PASSION.
Love tahap ni adalah love yang paling mantap. Dalam hidup anda, akan ada orang yang akan sacrifice untuk anda. Tak payah fikir jauh la, pikir dekat jer.. Any idea? Ur MUM my friends, she sacrifice her life masa korang gatal sangat nak kuar macam x sabar nak tgk bumi yang indah dan permai ini. X mao cerita la, u tau sendiri kan.. Ur dad also my dear friend, walaupun dia x lahirkan kita, tapi tau tak apa pengobanan dia? nyawa dia? Ask him, sure dia pernah face benda yg buat jantung dia berhenti berdegup untuk 5 saat.. And for the Christian is our Lord Jesus, he was so passion and sacrifice for us and even ask His Father to forgive who had sinned again him. Our Holy Father who sacrifice his only son to take away our sins. SACRIFICE and PASSION is the hardest thing to do my dear friends, dont say U JUMP I JUMP if u dont want to jump. Tak baik tipu.. Tapi kalau betol2 nak jump sila la..

Last but not least, i nak petik ayat dari buku ni tajuk dia Ten Powerful Phrases for Positive People by Rich Devos. Dia cakap "To say 'I love you' and mean it with all your heart has remarkable power".. Jangan suka2 lafaz I love you kalau x maksudkan.. Now I learned to use it wisely and penuh makna. Those words will make them feel protected, cared about, believed in; that this person saying these words really special. If love is something that you feel, than "I love you" is the manifestation of that feeling.Ingat kawan kawan, we need to consider love in many ways and on different terms between different people. If u say it to some one, tell he or she that love as a friend, or family, or special soul partner.
I wanna say here that we need to love others as we love ourself. Spread the love baby..

I love u, and I mean it when I say these magic words..

P/s I love u...



Sunday, January 2, 2011

Happy New Year sayang...

Hah.. Selamat Tahun Baru wahai anda sekalian.. New Year kali ni special sikit, sambut dengan kawan kawan n p main bowling dengan depa.. Syok tu... Sampai telepas bus.. Hahaha.. Bunguks punya bus tak m au tunggu aku.. Hehe..

Lambat siot nak wish new year kan.. Busy maa... Banyak keleja, banyak la sangatkan. Sekarang I dah di Universiti malaysia perlis (UniMAP).. The best uni.. wink3... Mula sem 2 second year.. Macam best jer sem ni, ada 6 subjek jer. Tapi mostly berkaitan dengan engineering la.. wawawa... Kena menghafal, which is my big weakness. Kalau guna ayat seniri I power la, tak percaya?? Tengok la result yang lepas, subjek yang guna ayat dan ilmu luar yang tidak bergantung kepada 1 buku semata mata, I dapat power punya... Saya suka membaca dan brainstorming, saya tak suka menghafal. Hidup penuh hafalan susah juga, kena seimbang wahai kawan kawan..

So, sem ni saya ada beberapa azam yang penting.
Bukan azam tahun baru, azam semester baru ya..
Nampak mudah, tapi memerlukan nasib dan kecekalan yang teramat sangat..
Targetnya adalah selama 4 bulan sahaja..
Ok.. Apakah azam itu??

1. Pointer >3.5 (amin, dapatlah ya..)
2. Dapat lesen kereta and motor.. Nak sangat2, n sangat2 memerlukan terutama time praktikal nanti...
3. Nak dapat idle weight.. (gambate)
4. Menabung dalam jumlah yang telah ditetapkan....


Tu la dia azam saya.. Nampak senang, tapi memerlukan kecekalan yang teramat sangat. (Macam pernah ku dgr ayat ni)..

Kepada rakan rakan, jum kita bersama sama membuatkan tahun ini menjadi tahun yang terhebat buat kita. Buatlah sesuatu yang anda sudah lama ingin buat, saya yakin anda pasti berpuas hati dengan hidup anda. Jalinkanlah hubungan yang baik dengan orang di sekeliling anda, anda pasti memerlukan mereka suatu hari nanti. Kita manusia biasa, tanpa individu lain, anda takkan kemana.

Last but not least, let Spread The Love...
XOXO....
(Nak p cycling and tanya pasal kelas lesen keta jap)....
wish me luck...

Wednesday, December 29, 2010

Merry Christmas.. hohoho


Ok let see..
This year xmas was so weird and incomplete for me.
Why?? Because I celebrate it with my friends instead of being with my family.
Usually we will be together, cooking, playing music, eating, dancing,
lepaking, and shopping as a BIG family..
1 or 2 cars just not enough, we need more than 5 cars maybe for us to move.

This year, I didnot go for Xmas mass which completely make me feel incomplete and my feeling for xmas is totally not the same. I miss all the xmas song in the church and bible reading during the mass.
The feeling of emptiness is filled by my friends and we celebrate it by having a big diner in McDonald. hahaha.. 1st time in my life that I celebrate Xmass in fast food restaurant and it is not bad at all. But afterall, I still prefer my mum and aunts cook. During xmass nite, I just online and chatting with my friends and I call my family. teetttttt... Someone is crying!!!!!!!!! Shhhh.. It's me, wawawawa... Listen to my family laugh and talking with each of them makes me feel HOMESICK for the really first time this year. I miss you guys so bad..
Christmas for me is a day which I will be with my family and be grateful for the birth of Jesus Christ, our Mighty God only son who was born in the womb of the virgin Mary. I believe Jesus is my savior and that why I love Christmas.
Merry Christmas everyone. Love ya all.. XOXO

Wednesday, December 22, 2010

Kembara Kepimpinan...



Haritu saya telah dihantar ke UniMAS untuk menyertai 1 program yang nampak macam ringkas dan sempoi.. Nama program ni adalah Program Kembara Kepimpinan IPT Pelajar 2.. Kem ni bermula pada 02-14.December.2010 dan telah berlangsung di Kuching,Bau,Sri Aman, Kapit, Bintulu dan Miri.. Banyak tempat tuuuuu, ponat den tau tak?? Ok, I nak cerita part aktiviti dulu ya, pastu input yang I dapat and review sikit...

2nd.Dec.2010, UniMAP-UniMAS,

1. Flight dari Alor Setar ke LCCT then ke Kuching..

Penat perjalanan ku.. Hehe.. Naik belon jak pun.. Tapi yg syoknya ada makanan. I ni, x pernah tepikir nak beli makanan masa naik AirAsia.. Thanks ya for the Nasi lemak..

2. Got ceramah Kepimpinan..

Nice ceramah, but my mind still in flight mode.. lalala

3rd.Dec.2010, Kompleks DUN Sarawak, Kampung Budaya

1. Aktiviti di Kompleks DUN..

Wow, fist time I tengok Kompleks ni dengan dekat and deep in my heart I was saying that " I want my building look something like this but much more better".. Really nice design and I want its blueprint.. hehe

2. The ceramah about pembangunan Sarawak.. Hmmmm.. Thanks a lil bit to Government for what you had done to the rakyat.

3. Kampung Budaya, macam macam ada… Kami buat explore race ikut kumpulan. Macam biasa, group kami memang hebat part race race macam ni.

4. Kami ke semua point yang mewakili setiap rumah suku kaum. Syok, main banyak permainan seperti memakai baju tradisional iban, menyumpit stail penan, menari tarian buluh, main gasing then kami melihat pertunjukan tarian oleh orang kampung budaya. Nice, bravo.. Nak tengok tak?? Ada I rakam and dalam laptop ni.. Hehe.

4th. Dec.2010, Bau, Fairy Cave,

1. Waa.. Kami buat abseling tau x?? 65 meter tinggi nya dari tempat kena berhenti.. Masa naik tempat nak buat penurunan tu, adoyai I cuak giler.. Rasa nak tekeluar isi perot ni tau tak. Naik pun dah berpeluh peluh, bila tengok bawah, mak oiiiii hanya saya dan kawan kawan jer tau.. I dah di atas, I take the challenge and I dengan gahnya turun guna tali tu.. Wawawa.. Nak cepat sampai bawah, tapi bila tengok keindahan tempat tu rasa nak jerit “Jangan turunkan saya”… hehe.. Tapi tak buat pun..

2. Kami ada juga belajat ikatan, sampai la ni I masih ingat tau.. Nak lawan?? Boleh saja.. Pastu kami buat rockclimbing, aku x sampai atas. Sakit siot tangan ni menggenggam batu itu. Then kami ada aktiviti ikhtiar hidup.. Dimana kami belajar basic thing untuk meneruskan hidup bila kita stranded di tempat yang tiada orang. Fasi yang bagi info memang best,tak ercaya.. Tanya kawan kawan.

3. Aktiviti paling aku tak boleh lupa adalah Resipi Ku. Kami kena bagi beras, ikan, labu, and telor untuk dimasak. Wawawa.. I ni kalau tak ada ayam, adalah susah nak makan. Kami masak bagai nak rak, semua jadi chef.. Paling best, nasi kami tak ada kerak and nasi kami cukup masak dan memang sedap. Boleh kawen la sapa yang masak tu. Serius, ikan panggang sodap siot dengan cara pembakaran yang sangat unik. Sayur labu, ni cik abang yang masak, sedap you know. Bukan nak bodek, tapi betul, I makan banyak malam tu..

4. Then, even kemuncak adalah CAVING.. Caving adalah aktiviti memasuki gua. Masuk dalam perut bumi, sangat sejuk and batu batuan semulajadi sangat unik bentuknya.. Ada yang minum air mineral semulajadi yang jatuh dari batu tu.. Dorang cakap sedap, I tak minum coz takut nak terkencing pula nanti. Paling syok nya time caving ni adalah I tidor dalam gua tu.. Sejuk betol, sampai menggigil I.

6th. Dec.2o10, Sri Aman

1. Perjalanan ke Sri Aman adalah menggunakan bas sahaja. Namun ianya sungguh penat kerana terpaksa duduk dan tidur di dalam bas berjam2 lamanya.

2. Kami di sini adalah untuk ke perkampungan Melayu . Kami dibahagi kepada setiap keluarga sebagai ahli keluarga angkat kami.

3. Layanan sungguh baik dan kami disajikan dengan makanan masakan ibu angkat kami di rumah. Sedap kot, masih ingat lagi dadih yang ibu angkat buat, nyum nyum.

4. Kami pergi ke tempat Benak untuk melihat benak. Benak adalah ombak semulajadi di sungai. Ianya aka nada pada masa air pasang pada skala yang tertentu sahaja., saya tak pakar sangat bab geografi ni. Kami tidak berjodoh dengan benak kerana kami lambat sampai di sungai masa tu. Kami hanya mampu melihat gambar dan video benak di Galeri Benak.

5. Malam tu ada persembahan kebudayaan oleh penduduk kampung. Mereka mempersembahkan persembahan yang mantap kepada kami. Kami paling suka persembahan berkumpulan yang bermain alat music. Lagu P.Ramlee ada, macam macam lagu ada. Tapi paling best adalah lagu Final Countdown, hebat siot..

6. Kenangan di Sri Amana mat menarik, dan saya telah berazam untuk membina rumah seperti Rumah Sri Aman iaitu bekas rumah keluarga James Brooke. Very nice design and I really love it..

7th.Dec.2010; Sri Aman-Kapit

1. Perjalanan ke kapit memerlukan kami untuk berhenti di Sibu kerana untuk ke Kapit kami perlu menaiki bot express. Sungai adalah satu satunya cara untuk ke sana.

2. Menggunakan bot express selama 3 jam adalah sangat melenguhkan dan agak memabukkan saya. Mabuk air adalah salah satu kelemahan yang saya sembunyikan daripada pengetahuan umum dan sekarang saya ingin bagitau orang ramai yang saya mabuk laut. Hehe..

3. Sesampainya kami di Kapit, kami telah di bawa ke pejabat residen kapit dan kami telah mendengar pembentangan tentang pembangunan bahagian ini. Kapit adalah salah satu bahagian yang kurang membangun di Malaysia. Banyak pembangunan yang harus dijalankan di sini kerana kesusahan kehidupan inilah yang telah menjadi punca penduduk Kapit untuk berhijrah ke bahagian lain untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih selesa.

4. Selepas di pejabat residen, kami berangkat untuk ke perkampungan Iban dan akan tinggal di rumah panjang. Yeay.. Sebelum masuk ke kawasan rumah panjang, tettttttt cellphone tak ada line..Warrgghhh… Tak dapat sms dan calling…

5. Sambutan amat menggalakkan di kampung iban ini. Kami telah mendapat sambutan yang mantap dan banyak aktiviti kebudayaan orang Iban telah ditunjukkan. Ada bebiau (pesembahan kepada roh2), bepantun (sejenis nyanyian), ngajat (tarian tradisional Iban), pertandingan kumang (pertandingan ratu cantik) dan ngetas ranyai (potong2 barang bergantung di pokok).

6. Aktiviti rakyat juga dijalankan seperti nyumai( cara memasak), potong kelapa, mansai (menangkap ikan), nyumpit, dan mencari makanan hutan. Sapa cakap buat kerja kampung itu senang??? Mari la try, pasti anda nak lagi.. Banyak cerita lawak disebalik setiap aktiviti tersebut.. hehehe

9th.Dec.2010; Sibu- Bintulu-Miri;

1. Kami telah pergi ke LNG Petronas Bintulu. Kami hanya mendengar ceramah tentang LNG. Pelajar adalah tidak dibenarkan untuk masuk ke plant tempat tersebut.. Soo sad, tapi tang bestnya kami dapat beg LNG.. hehehe.. sakai

2. Then kami bergerak ke Miri dan sampai di Pejabat residen Miri. My place.. Yeay.

3. Kami mendengar penjelasan tentang Miri dan sesungguhnya impian saya untuk ke Gua Mulu semakin berkobar kobar setelah mendengar dan melihat gambar yang ditunjukkan oleh penceramah.

4. Kami di lepaskan untuk berlegar legar di Boulevard dan saya mengambil kesempatan ini untuk melepaskan rindu bersama sama keluarga saya. Jangan jelesssss… hehe

10th.Dec.2010; Miri- Rh.Robert (Perkampungan Iban)- Rh.Ogos (Perkampungan Penan)

1. Awal awal pagi kami telah bertolak dari Kampung Sukan Petronas untuk ke Rh. Robert iaitu sebuah perkampungan Iban. Tujuan kami ke sana adalah untuk membuat Forum- Alam Universiti dan sesi motivasi kepada penduduk di kampung tersebut. Para pelajar sangat sangat teruja untuk masuk ke Universiti dan ini telah membuatkan kami member sharing yang terbaik untuk mereka.

2. Sambutan dan layanan penduduk kampung amat mantap walaupun kami hanya singgah untuk beberapa jam sahaja. Makanan yang disajikan juga amat sedap, nyum nyum. Daun ubi tuu..

3. Selepas itu kami pun ke perkampungan penan iaitu Rh.Ogos. Macam macam bermain di fikiran saya, saya berfikir nagai mana rupa penan, rumah mereka, bahasa mereka dan kehidupan mereka..

4. Sampai jer di dewan raya mereka, wahh.. Sungguh ramai penduduk menantikan ketibaan kami. Mereka menyambut kami dengan tangan terbuka dan kami dibahagikan mengikut keluarga masing masing.

5. Setelah beberapa jam berada disana dan masuk ke rumah keluarga angkat, persepsi saya terhadap penan terus berubah. Mereka tidak lagi nomad dan semiskin yang di war war kan oleh media massa. Mereka amat kaya no offense. Kereta Hilux parking di setiap rumah, tv flatscreen, ada laptop dan internet, rumah besar besar, kemudahan tiptop.. Sesungguhnya, mereka telah membuktikan bahawa kejayaan tidak berpihak kepada sesiapa.. Asalkan kuat berusaha, semua boleh berjaya.

6. Malam tu kami disajikan dengan makanan penan. Linut, penah dengar tak?? Sedap tu, bila dicecah dengan sambal nya.. (Berliur plak masa taip blog ni). Selain linut ada juga masakan lain yang berasaskan makanan hutan, dan sesungguhnya kami para peserta berebut rebut makan. Sayang sungguh tak ada gambar yang bergaduh manja berebut makanan masa tu.

7. Pesembahan tarian dan permainan penan sangat syok.. Ada kawan kawan lelaki yang cuci mata tengok penari penari penan dan yang perempuan plak usher jantan jantan penan yang putih melepak. Sampaikan ada peserta lelaki yang jatuh cinta kat gadis penan ni,,, adoyai.. Sampai sekarang dorang masih terpikirkan gadis tersebut.

8. Perkampungan penan adalah destinasi last program ini.. So we have our unlimited fun here..

11th.Dec.2010;Miri-Sibu

1. Hah, skali lagi kami bangun awal dan naik bus untuk balik ke UniMAS. Bajet perjalanan maybe kami sampai waktu malam. Bajet punya bajet, pong pang… Bas ada masalah.. So kami kena berhenti di Sibu. Ingatkan cukupla beberapa jam jer kena tunggu, rupanya sampai esok la pula..

2. Masa tunggu tu, kami sempat ergi tengok wayang, tengok Narnia. Tak sampai 30 minit, kami kena panggil untuk keluar dan cekin masuk hotel.. Bermalam di Hotel Bahagia sekali lagi. Hehehe..

3. Malam tu tak ada buat aktiviti sangat.. Just kuar makan makan dan berlatih untuk persembahan akhir malam penutupan..

12th.Dec.2010; Sibu- Kuching- UniMAS

1. Berangkat pulang ke UniMAS.. Kami diberhentikan di Kuching Waterfront. Membeli belah apa yang patot. Beli buah tangan dan kuih lapis Sarawak.. Waseehhh.. Syok tu.. Habis gak la 2 rat time tu.. Wawawawa..

2. Sampai di UniMAS dan berehat..

13th.Dec.2010

1. Aktiviti adalah Kembara UniMAS.. UniMAS adalah satu university yang cantik dan serba lengkap.. Bergembiralah dan bersyukurlah wahai pelajarnya..

2. Penat kot, tapi yang best adalah kami pasukan Talang Talang telah berjaya mebuktikan pada dunia bahawa kami mampu untuk menjadi satu pasukan yang hebat dan lebih hebat dari orang lain. Terbukti kami mampu dan berjaya jadi 2nd team sampai di tempat perhentian.

3. Malam tu ada malam penutupan, macam macam persembahan ada. Gelak ketawa masih terngiang dan lakonan anda semua amat menarik.. Terutama bab kejar kejar. Hahaha..

4. Makanan sedap, makan terubok masin.. Nyum2.. hee..

5. After tamatnya program.. Kami ada sesi luahan hati kehati dan sesi bersalaman. Ucapan setiap individu amat menarik dan membawa maksud yang mendalam. Inilah bakal pemimpin yang kita mahu. Menjadi luar biasa dan bfikiran luar jangkaan. Sharing anda akan ku ingat selamanya. (Selagi mampu)

14th.Dec.2010

1. Fly back to Perlis.. Wawawa.. Habis dah ker program… nak lagi…

Hasil pembelajaran yang saya perolehi:

- Mengenali keunikan kaum kaum di Sarawak dengan lebih baik dan mula menghargai kaum saya sendiri.

- Berasa berterima kasih kepada kerajaan atas pembangunan yang telah diberikan kepada kawasan kediaman saya.

- Memberikan saya keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Contohnya adalah seperti aktiviti di Gua Fairy.

- Membuatkan saya berfikiran lebih luas dan terbuka terhadap orang lain dan berhenti untuk memandang rendah tentang kebolehan dan latar belakang mereka.

- Mendapat idea dan cara yang baru untuk memperbaiki kepimpinan saya.

- Kebolehan saya untuk berinteraksi dengan orang ramai semakin baik terutama dalam peringkat berkumpulan. Saya mampu menjadi pengikut yang mendengar arahan dan mengurangkan ke egoan saya untuk mendengar arahan daripada orang lain.

- Saya juga telah belajar untuk mengrangkan kecerewetan saya terhadap makanan. Selama ini saya akan menolak makanan yang tidak menarik hati saya, namun selepas aktiviti Resipi Ku dan makanan di perkampungan , saya berasa bahawa saya harus belajar untuk bersyukur dan menikmati apa sahaja yang ada di dalam pinggan saya untuk dimakan.

- Semasa dalam perjalan di dalam bas, kapal terbang dan ekspress.. Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada program ini kerana telah menunjukkan bahawa keindahan alam sekitar masih boleh didapati di Malaysia dan sesungguhnya saya jatuh cinta terhadap keindahan alam semulajadi.

- Walaupun kami para peserta hanya bersama selama 13 hari, namun ke akraban kami masih terjalin sehingga kini dan kami saling menolong satu sama lain melalui kemudahan teknologi.

Thanks for the camp, and to Abang Ibrahim from HEP UniMAP, thanks for choosing me.. Jasa mu dikenang..

Untuk gambar, saya cadangkan anda ke facebook saya..


 
me,myself and i'm prisc - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore