Wednesday, December 29, 2010

Merry Christmas.. hohoho


Ok let see..
This year xmas was so weird and incomplete for me.
Why?? Because I celebrate it with my friends instead of being with my family.
Usually we will be together, cooking, playing music, eating, dancing,
lepaking, and shopping as a BIG family..
1 or 2 cars just not enough, we need more than 5 cars maybe for us to move.

This year, I didnot go for Xmas mass which completely make me feel incomplete and my feeling for xmas is totally not the same. I miss all the xmas song in the church and bible reading during the mass.
The feeling of emptiness is filled by my friends and we celebrate it by having a big diner in McDonald. hahaha.. 1st time in my life that I celebrate Xmass in fast food restaurant and it is not bad at all. But afterall, I still prefer my mum and aunts cook. During xmass nite, I just online and chatting with my friends and I call my family. teetttttt... Someone is crying!!!!!!!!! Shhhh.. It's me, wawawawa... Listen to my family laugh and talking with each of them makes me feel HOMESICK for the really first time this year. I miss you guys so bad..
Christmas for me is a day which I will be with my family and be grateful for the birth of Jesus Christ, our Mighty God only son who was born in the womb of the virgin Mary. I believe Jesus is my savior and that why I love Christmas.
Merry Christmas everyone. Love ya all.. XOXO

Wednesday, December 22, 2010

Kembara Kepimpinan...



Haritu saya telah dihantar ke UniMAS untuk menyertai 1 program yang nampak macam ringkas dan sempoi.. Nama program ni adalah Program Kembara Kepimpinan IPT Pelajar 2.. Kem ni bermula pada 02-14.December.2010 dan telah berlangsung di Kuching,Bau,Sri Aman, Kapit, Bintulu dan Miri.. Banyak tempat tuuuuu, ponat den tau tak?? Ok, I nak cerita part aktiviti dulu ya, pastu input yang I dapat and review sikit...

2nd.Dec.2010, UniMAP-UniMAS,

1. Flight dari Alor Setar ke LCCT then ke Kuching..

Penat perjalanan ku.. Hehe.. Naik belon jak pun.. Tapi yg syoknya ada makanan. I ni, x pernah tepikir nak beli makanan masa naik AirAsia.. Thanks ya for the Nasi lemak..

2. Got ceramah Kepimpinan..

Nice ceramah, but my mind still in flight mode.. lalala

3rd.Dec.2010, Kompleks DUN Sarawak, Kampung Budaya

1. Aktiviti di Kompleks DUN..

Wow, fist time I tengok Kompleks ni dengan dekat and deep in my heart I was saying that " I want my building look something like this but much more better".. Really nice design and I want its blueprint.. hehe

2. The ceramah about pembangunan Sarawak.. Hmmmm.. Thanks a lil bit to Government for what you had done to the rakyat.

3. Kampung Budaya, macam macam ada… Kami buat explore race ikut kumpulan. Macam biasa, group kami memang hebat part race race macam ni.

4. Kami ke semua point yang mewakili setiap rumah suku kaum. Syok, main banyak permainan seperti memakai baju tradisional iban, menyumpit stail penan, menari tarian buluh, main gasing then kami melihat pertunjukan tarian oleh orang kampung budaya. Nice, bravo.. Nak tengok tak?? Ada I rakam and dalam laptop ni.. Hehe.

4th. Dec.2010, Bau, Fairy Cave,

1. Waa.. Kami buat abseling tau x?? 65 meter tinggi nya dari tempat kena berhenti.. Masa naik tempat nak buat penurunan tu, adoyai I cuak giler.. Rasa nak tekeluar isi perot ni tau tak. Naik pun dah berpeluh peluh, bila tengok bawah, mak oiiiii hanya saya dan kawan kawan jer tau.. I dah di atas, I take the challenge and I dengan gahnya turun guna tali tu.. Wawawa.. Nak cepat sampai bawah, tapi bila tengok keindahan tempat tu rasa nak jerit “Jangan turunkan saya”… hehe.. Tapi tak buat pun..

2. Kami ada juga belajat ikatan, sampai la ni I masih ingat tau.. Nak lawan?? Boleh saja.. Pastu kami buat rockclimbing, aku x sampai atas. Sakit siot tangan ni menggenggam batu itu. Then kami ada aktiviti ikhtiar hidup.. Dimana kami belajar basic thing untuk meneruskan hidup bila kita stranded di tempat yang tiada orang. Fasi yang bagi info memang best,tak ercaya.. Tanya kawan kawan.

3. Aktiviti paling aku tak boleh lupa adalah Resipi Ku. Kami kena bagi beras, ikan, labu, and telor untuk dimasak. Wawawa.. I ni kalau tak ada ayam, adalah susah nak makan. Kami masak bagai nak rak, semua jadi chef.. Paling best, nasi kami tak ada kerak and nasi kami cukup masak dan memang sedap. Boleh kawen la sapa yang masak tu. Serius, ikan panggang sodap siot dengan cara pembakaran yang sangat unik. Sayur labu, ni cik abang yang masak, sedap you know. Bukan nak bodek, tapi betul, I makan banyak malam tu..

4. Then, even kemuncak adalah CAVING.. Caving adalah aktiviti memasuki gua. Masuk dalam perut bumi, sangat sejuk and batu batuan semulajadi sangat unik bentuknya.. Ada yang minum air mineral semulajadi yang jatuh dari batu tu.. Dorang cakap sedap, I tak minum coz takut nak terkencing pula nanti. Paling syok nya time caving ni adalah I tidor dalam gua tu.. Sejuk betol, sampai menggigil I.

6th. Dec.2o10, Sri Aman

1. Perjalanan ke Sri Aman adalah menggunakan bas sahaja. Namun ianya sungguh penat kerana terpaksa duduk dan tidur di dalam bas berjam2 lamanya.

2. Kami di sini adalah untuk ke perkampungan Melayu . Kami dibahagi kepada setiap keluarga sebagai ahli keluarga angkat kami.

3. Layanan sungguh baik dan kami disajikan dengan makanan masakan ibu angkat kami di rumah. Sedap kot, masih ingat lagi dadih yang ibu angkat buat, nyum nyum.

4. Kami pergi ke tempat Benak untuk melihat benak. Benak adalah ombak semulajadi di sungai. Ianya aka nada pada masa air pasang pada skala yang tertentu sahaja., saya tak pakar sangat bab geografi ni. Kami tidak berjodoh dengan benak kerana kami lambat sampai di sungai masa tu. Kami hanya mampu melihat gambar dan video benak di Galeri Benak.

5. Malam tu ada persembahan kebudayaan oleh penduduk kampung. Mereka mempersembahkan persembahan yang mantap kepada kami. Kami paling suka persembahan berkumpulan yang bermain alat music. Lagu P.Ramlee ada, macam macam lagu ada. Tapi paling best adalah lagu Final Countdown, hebat siot..

6. Kenangan di Sri Amana mat menarik, dan saya telah berazam untuk membina rumah seperti Rumah Sri Aman iaitu bekas rumah keluarga James Brooke. Very nice design and I really love it..

7th.Dec.2010; Sri Aman-Kapit

1. Perjalanan ke kapit memerlukan kami untuk berhenti di Sibu kerana untuk ke Kapit kami perlu menaiki bot express. Sungai adalah satu satunya cara untuk ke sana.

2. Menggunakan bot express selama 3 jam adalah sangat melenguhkan dan agak memabukkan saya. Mabuk air adalah salah satu kelemahan yang saya sembunyikan daripada pengetahuan umum dan sekarang saya ingin bagitau orang ramai yang saya mabuk laut. Hehe..

3. Sesampainya kami di Kapit, kami telah di bawa ke pejabat residen kapit dan kami telah mendengar pembentangan tentang pembangunan bahagian ini. Kapit adalah salah satu bahagian yang kurang membangun di Malaysia. Banyak pembangunan yang harus dijalankan di sini kerana kesusahan kehidupan inilah yang telah menjadi punca penduduk Kapit untuk berhijrah ke bahagian lain untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih selesa.

4. Selepas di pejabat residen, kami berangkat untuk ke perkampungan Iban dan akan tinggal di rumah panjang. Yeay.. Sebelum masuk ke kawasan rumah panjang, tettttttt cellphone tak ada line..Warrgghhh… Tak dapat sms dan calling…

5. Sambutan amat menggalakkan di kampung iban ini. Kami telah mendapat sambutan yang mantap dan banyak aktiviti kebudayaan orang Iban telah ditunjukkan. Ada bebiau (pesembahan kepada roh2), bepantun (sejenis nyanyian), ngajat (tarian tradisional Iban), pertandingan kumang (pertandingan ratu cantik) dan ngetas ranyai (potong2 barang bergantung di pokok).

6. Aktiviti rakyat juga dijalankan seperti nyumai( cara memasak), potong kelapa, mansai (menangkap ikan), nyumpit, dan mencari makanan hutan. Sapa cakap buat kerja kampung itu senang??? Mari la try, pasti anda nak lagi.. Banyak cerita lawak disebalik setiap aktiviti tersebut.. hehehe

9th.Dec.2010; Sibu- Bintulu-Miri;

1. Kami telah pergi ke LNG Petronas Bintulu. Kami hanya mendengar ceramah tentang LNG. Pelajar adalah tidak dibenarkan untuk masuk ke plant tempat tersebut.. Soo sad, tapi tang bestnya kami dapat beg LNG.. hehehe.. sakai

2. Then kami bergerak ke Miri dan sampai di Pejabat residen Miri. My place.. Yeay.

3. Kami mendengar penjelasan tentang Miri dan sesungguhnya impian saya untuk ke Gua Mulu semakin berkobar kobar setelah mendengar dan melihat gambar yang ditunjukkan oleh penceramah.

4. Kami di lepaskan untuk berlegar legar di Boulevard dan saya mengambil kesempatan ini untuk melepaskan rindu bersama sama keluarga saya. Jangan jelesssss… hehe

10th.Dec.2010; Miri- Rh.Robert (Perkampungan Iban)- Rh.Ogos (Perkampungan Penan)

1. Awal awal pagi kami telah bertolak dari Kampung Sukan Petronas untuk ke Rh. Robert iaitu sebuah perkampungan Iban. Tujuan kami ke sana adalah untuk membuat Forum- Alam Universiti dan sesi motivasi kepada penduduk di kampung tersebut. Para pelajar sangat sangat teruja untuk masuk ke Universiti dan ini telah membuatkan kami member sharing yang terbaik untuk mereka.

2. Sambutan dan layanan penduduk kampung amat mantap walaupun kami hanya singgah untuk beberapa jam sahaja. Makanan yang disajikan juga amat sedap, nyum nyum. Daun ubi tuu..

3. Selepas itu kami pun ke perkampungan penan iaitu Rh.Ogos. Macam macam bermain di fikiran saya, saya berfikir nagai mana rupa penan, rumah mereka, bahasa mereka dan kehidupan mereka..

4. Sampai jer di dewan raya mereka, wahh.. Sungguh ramai penduduk menantikan ketibaan kami. Mereka menyambut kami dengan tangan terbuka dan kami dibahagikan mengikut keluarga masing masing.

5. Setelah beberapa jam berada disana dan masuk ke rumah keluarga angkat, persepsi saya terhadap penan terus berubah. Mereka tidak lagi nomad dan semiskin yang di war war kan oleh media massa. Mereka amat kaya no offense. Kereta Hilux parking di setiap rumah, tv flatscreen, ada laptop dan internet, rumah besar besar, kemudahan tiptop.. Sesungguhnya, mereka telah membuktikan bahawa kejayaan tidak berpihak kepada sesiapa.. Asalkan kuat berusaha, semua boleh berjaya.

6. Malam tu kami disajikan dengan makanan penan. Linut, penah dengar tak?? Sedap tu, bila dicecah dengan sambal nya.. (Berliur plak masa taip blog ni). Selain linut ada juga masakan lain yang berasaskan makanan hutan, dan sesungguhnya kami para peserta berebut rebut makan. Sayang sungguh tak ada gambar yang bergaduh manja berebut makanan masa tu.

7. Pesembahan tarian dan permainan penan sangat syok.. Ada kawan kawan lelaki yang cuci mata tengok penari penari penan dan yang perempuan plak usher jantan jantan penan yang putih melepak. Sampaikan ada peserta lelaki yang jatuh cinta kat gadis penan ni,,, adoyai.. Sampai sekarang dorang masih terpikirkan gadis tersebut.

8. Perkampungan penan adalah destinasi last program ini.. So we have our unlimited fun here..

11th.Dec.2010;Miri-Sibu

1. Hah, skali lagi kami bangun awal dan naik bus untuk balik ke UniMAS. Bajet perjalanan maybe kami sampai waktu malam. Bajet punya bajet, pong pang… Bas ada masalah.. So kami kena berhenti di Sibu. Ingatkan cukupla beberapa jam jer kena tunggu, rupanya sampai esok la pula..

2. Masa tunggu tu, kami sempat ergi tengok wayang, tengok Narnia. Tak sampai 30 minit, kami kena panggil untuk keluar dan cekin masuk hotel.. Bermalam di Hotel Bahagia sekali lagi. Hehehe..

3. Malam tu tak ada buat aktiviti sangat.. Just kuar makan makan dan berlatih untuk persembahan akhir malam penutupan..

12th.Dec.2010; Sibu- Kuching- UniMAS

1. Berangkat pulang ke UniMAS.. Kami diberhentikan di Kuching Waterfront. Membeli belah apa yang patot. Beli buah tangan dan kuih lapis Sarawak.. Waseehhh.. Syok tu.. Habis gak la 2 rat time tu.. Wawawawa..

2. Sampai di UniMAS dan berehat..

13th.Dec.2010

1. Aktiviti adalah Kembara UniMAS.. UniMAS adalah satu university yang cantik dan serba lengkap.. Bergembiralah dan bersyukurlah wahai pelajarnya..

2. Penat kot, tapi yang best adalah kami pasukan Talang Talang telah berjaya mebuktikan pada dunia bahawa kami mampu untuk menjadi satu pasukan yang hebat dan lebih hebat dari orang lain. Terbukti kami mampu dan berjaya jadi 2nd team sampai di tempat perhentian.

3. Malam tu ada malam penutupan, macam macam persembahan ada. Gelak ketawa masih terngiang dan lakonan anda semua amat menarik.. Terutama bab kejar kejar. Hahaha..

4. Makanan sedap, makan terubok masin.. Nyum2.. hee..

5. After tamatnya program.. Kami ada sesi luahan hati kehati dan sesi bersalaman. Ucapan setiap individu amat menarik dan membawa maksud yang mendalam. Inilah bakal pemimpin yang kita mahu. Menjadi luar biasa dan bfikiran luar jangkaan. Sharing anda akan ku ingat selamanya. (Selagi mampu)

14th.Dec.2010

1. Fly back to Perlis.. Wawawa.. Habis dah ker program… nak lagi…

Hasil pembelajaran yang saya perolehi:

- Mengenali keunikan kaum kaum di Sarawak dengan lebih baik dan mula menghargai kaum saya sendiri.

- Berasa berterima kasih kepada kerajaan atas pembangunan yang telah diberikan kepada kawasan kediaman saya.

- Memberikan saya keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Contohnya adalah seperti aktiviti di Gua Fairy.

- Membuatkan saya berfikiran lebih luas dan terbuka terhadap orang lain dan berhenti untuk memandang rendah tentang kebolehan dan latar belakang mereka.

- Mendapat idea dan cara yang baru untuk memperbaiki kepimpinan saya.

- Kebolehan saya untuk berinteraksi dengan orang ramai semakin baik terutama dalam peringkat berkumpulan. Saya mampu menjadi pengikut yang mendengar arahan dan mengurangkan ke egoan saya untuk mendengar arahan daripada orang lain.

- Saya juga telah belajar untuk mengrangkan kecerewetan saya terhadap makanan. Selama ini saya akan menolak makanan yang tidak menarik hati saya, namun selepas aktiviti Resipi Ku dan makanan di perkampungan , saya berasa bahawa saya harus belajar untuk bersyukur dan menikmati apa sahaja yang ada di dalam pinggan saya untuk dimakan.

- Semasa dalam perjalan di dalam bas, kapal terbang dan ekspress.. Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada program ini kerana telah menunjukkan bahawa keindahan alam sekitar masih boleh didapati di Malaysia dan sesungguhnya saya jatuh cinta terhadap keindahan alam semulajadi.

- Walaupun kami para peserta hanya bersama selama 13 hari, namun ke akraban kami masih terjalin sehingga kini dan kami saling menolong satu sama lain melalui kemudahan teknologi.

Thanks for the camp, and to Abang Ibrahim from HEP UniMAP, thanks for choosing me.. Jasa mu dikenang..

Untuk gambar, saya cadangkan anda ke facebook saya..


 
me,myself and i'm prisc - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore