Saturday, March 19, 2011

Api api!!! Wang Ulu got PUNK!!!

Neeeenooooo neeennoooo...
Macam mana entah korang buat bunyi neenooo tu, i wonder.. Hehehe. Tengah malam pkol 1 lebih di awal pagi buta yang gelap, bunyi pelik tu buat jantung saya bedegup kencang.. Saya berlari2 anak menuju ke jendela, ku lihat kelibat ambulance UniMAP di tempat parking kereta.. Bermonolog la saya dalam hati " Ada orang sakit tenat kot".... Tetiba speaker berbunyi, "Perhatian kepada semua pelajar.....(aku xdgr dah lepas tu coz kalut), then nampak asap kat blok 3, terbakar ke blok tu?? Trus la kejut kawan2, pakai sluar panjang and turun. Boleh plak aku p tanya kat sorang minah ni yang seakan2 dalang sebalik kejadian. Aku tanya kat dia " NI kebakaran betol or just firedrill biasa?" Dia jawab "Errmmm, firedrill biasa jer".. Ceyt, dengan selamba kami pun berjalan dengan lenggang lenggok tali kecapi ke padang wang ulu.. Ramai dah sampai, semua dok menyelamatkan diri.. Kucari asap tadi, cissss... Asap buatan rupanya, BOM bunyi lagi dan ada asap lagi kuar.. Blok berapa tah, ada jentera bomba mai ambik student yg kat tingkat 3 pakai lift kat jentera tu.. Macam betol jer, hahaha..

So kita orang suma dengan muka mamai duduk kat padang tu.. Duduk ikot blok, tapi kami yang d blakang duduk ikot suka. Degil la katakan n aku bukan orang wang ulu pun, menumpang jer buat sementara. Macam2 karenah dapat di lihat masa duduk tu, ramai yang dah ilang mood tido and ada juga yang tido macam ayam. Tersengguk2,, hahaha.. Punya la lama dgr abang2 beceloteh kat depan, dia cakap reason y adanya latihan pengosongan bangunan tu kat kita orang. Tujuan nya memang mulia, dia nak kami sentiasa ready dengan sebarang kemungkinan dan tahu macam mana and apa nak buat if ada apa2 hal kecamasan berlaku.. Baik kan tujuannya, hope student paham la tujuan itu.. hehe..

Pastu ada demonstrasi dari pihak bomba.. Tentang bagai mana caranya padam api dengan APA.. Tau tak APA tu apa?? (Pelik jer ayat tu) APA stand for Alat Pemadam Api.. Kalau tak silap saya la.. Hehehe.. Dulu kadet bomba sekolah, so agak pro la pasal kebakaran2 ni n firedrill ni.. Boleh saya ulaskan bahawa firedrill semalam hampir gagal atas sebab kurang kerjasama dari students dan cara pengendalian memanggil student turun x seberapa menakutkan.. Kalau boleh, adala yg p ketok pintu, jerit API2.. So dat ramai takut n begegas.. But, cukup mantap untuk 1st trial bagi Kolej Kediaman UniMAP.. Nak tanya, semua kolej kediaman ker yang kena?? Or jus wang ulu jer?? hehehe..

Orait, ni ada sikit gambar dari saya.. Tapi nak minta maaf sikit coz gambar x cantik..Almaklumla, handphone murah jer.. Wawawawa.. Bila la nak beli DSLR ni.. Bajet lari jer..



Begumpul di padang Wang Ulu.. ramai kan kami.. nampak x jentera bomba tu?

Ada yang duduk and berdiri.. Malam tu, banyak baju pink kot.. hehe

Tgk, ada nampak yg tinggi tu?? tu la mangsa tingkat atas..

Demonstrasi dari pihak Bomba, hebat2.. Bravo!!


Gambar ni plak masa saya jadi kadet bomba, tingkatan 4 kot if tak silap.. hehe. Gelap gelita saya masa tu...


Tu la sedikit sebanyak info kejadian malam tadi.. Saya nak ucapkan tahniah kat UniMAP coz berjaya buat firedrill buat julung kalinya.. Saya setuju perkara macam ni di buat, atleast ada pengalaman n pengetahuan pasal kecemasan..


Buat rakan2, kalau ada firedrill lagi, sama2 la kita bekerjasama untuk menjadi selamat dan tak di iktiraf rentong..

*Ps;: Teringat zaman sekolah menengah di sainsri, pernah rentong sebanyak sekali dan hidup sampai form 5.. Hahaha..

Saya nak lesen kereta!!

Hai kawan kawan.. Harini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya yang boleh tahan hebat pada pagi tadi.. Macam skema jer kan cakap macam ni.. Orait, ni pagi tadi kan, sebenarnya saya dah janji kat Syukort nak p Nutrilite nyer seminar kat banggunan MARA. Tapi tetiba lagu Hawai 5-0 berbunyi dengan hebat dan suara awek yg kol.. Hampa la pulak, ingatkan dady nak kol n cakap dah bankin.. Hahahaha.. Perbualan kami seperti di bawah:

Kakak lesen: Fiona, awak sibok tak? Kalau pergi amali 3 jam harini boleh tak?
Saya: Ermmm.. Tak bz sangat. Kenapa kak.?
Kakak: Ohh macam ni, amali keta ada kosong nak p x??
Saya: Ok2, ermm, pkol brapa tu?
Kakak: Pkol 1030am, boleh naa??
Saya: Boleh!!!
Dan perbualan yang lain panjang sangat, so dipendekkan cerita, saya pun p la tempat itu..
Jumpa plak budak2 lain kat situ.. I mean budak UniMAP dan lebih specific budak KKI or simpang 4.. Ramai gak yg xda lesen macam aku.. Hahaha


Orait, harini saya drive kancil yang ada pelekat L..
Sebelom2 ni, saya ada gak drive, tapi tak la sehebat kereta kancil ni. Dijadikan cherita, saya duduk dalam tu baik2 behave buat 5 perkara wajib yang patot di buat and gerak!!! Wah, enjin tak mati tu, kalau b4 ni mesti ada jer keta yang saya pandu terbatok2 n telompat2.. Mula mula kami jalan dalam litar pakai gear 1 jer,. Cikgu cakap awak belajar biasakan diri dengan kereta dulu. Mau tertido dibuat guna keta slow2 macam tu, namun ku kuatkan kelopak mata dan melihat ke depan..
Dah biasa dengan kereta (biasa la sangat) kami pun mengorak langkah menuju ke arah BUKIT. Yeah, saya rasa gerun tau x? Yela sebelom ni kawan2 dan orang ramai dok cakap bukit tu payah.. P.A.Y.A.H or susah nak buat.. Sekali wa tekan minyak, ngengggg lepas tu pijak brek eeettttt berenti betol2 atas garisan kuning.. Yeay, mission accomplish.. Huh, tak la payah sangat.

Korang nak aku ajar x cara2 drive? Untuk yang xdak lesen lagi la.. Kalau nak, satg kat bawah ada link untuk korang.. SAbau la naa..
Ermm, nak cakap apa lagi ehh..Owh ya, saya dah ada lesen L untuk kereta secara x rasmi la. Belom dapat tangible nyer lesen.. Lalala.. Wish me all the best untuk dapat lesen P plak.. Really need it..

Sampai disini saja.. Kalau ada idea nak share, akan saya share kat kalian.. Pengalaman untuk lesen P pasti akan ku selitkan juga nanti.. Benda seronokkan, mesti nak share.. =)

psstttt: ada rahsia nak gtau.. Saya x reti meniti guna motor, asyik jatuh jer.. Heee, so agak mustahil untuk ada lesen moto..


Seperti yang diperkatakan sebentar tadi, ni la link nya.. sila la klik ehh
- Sila baca post yang anda berminat nak baca..

Thursday, March 17, 2011

Dont Judge a book by its cover...



Hah.. Apa perasaan korang tgk video ni?? Syok, gembira, jeles or terkesima macam aku??
hehe.. Saya sangat la suke dgr both of suara dia ni. Baik suara parau or lembut.. Hehe..
Sedap siot,(masih mood terkesima).. Saya sampai sanggup downlod video ni. Hahaha..
By the way, nak share kat korang.. Walaubagaimanapun rupa seseorang itu, first impression is important untuk korang make fren ngan dia.. Biasakan diri dengan develop impression yang baik kat dia.. Tak nyesal buat macam tu. Apa apa pun, bagi golongan insan biasa, kita tak harus deskriminasi orang yang macam ni.. Walaupun kadang kadang dorang agak membuat kita rasa tak selesa, tapi jangan la tunjuk sangat perasaan tu. Mereka ni baik, serius, kalau kita betol2 kenal dorang.. Saya suka kawan ngan sahabat kita macam ni..
Just nak share ngan korang, apa2 pun terjadi kat seseorang itu... Itu kehendak dia, yang kadang2 bukan dia yang nak, dah memang azali terjadi macam tu apa nak buat..
Fahami sesama sendiri, hormati sesama sendiri dan nasihat dengan cara yang betol bukan BRUTAL..
Btw, she's HOT... And suara dia MACHO.. Malaysia ada ker yang macam ni?? jangan2 kena tikam ngan durian masa dia dok buat persembahan kat depan.. Kalau suara sedap, saya baling la cokolat kat dia.. Hhahaha.. Sharing for the day!!!!!
I love her/him... =)











ChurpChurp | Social Share » Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4. Whoa! (Preview)

Waaa.............
Iphone4 user... Good news 4 u, and who wish to have iphone4 tooo..

Cheaper way to get an Iphone4 for Iphone4 fans...
Lets do it babeh..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Im new to this ChurpChurp.. So i wanna invite al of u who read this to join me..
Dont worry, i'll help u guys..
We make it more fun..

All good things do come to an end, but not for me cause I'm grabbing the freebies with every reload by #DiGiSuperReload.

All good things do come to an end, but not for me cause I'm grabbing the freebies with every reload by #DiGiSuperReload.

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun

Huh.. Sungguh hangat di perkatakan dan di war2kan masalah malapetaka di Jepun ni..
Saya hanya mampu membawa dan berdoa supaya rakyat Jepun tetap berjiwa kental untuk menangani masalah ni. Saya baca berita mengenai negara ini. Masalah nuclearnya, kerosakan dan keruntuhan banyak bisness besar disana. of coz bisness tetap menjadi hal penting pada saya. Saya berani cakap bahawa mereka akan bangkit kembali dengan lebih agresif dan kuat. Suatu ketika dahulu, world war 2.. Jepun diserang dgn hebat oleh Amerika, hancur Hiroshima.. Genetik hancur jugak coz diserang dengan bom nuclear.. See what happen to them?? Pop pap pop pap.. Sekejap jer jadi negara maju. Kali ni, mereka mampu juga pada pendapat saya.
Saya wonder keadaan disana macam mana.. My frens yg belajar disana ramai yg selamat coz x belajar di part yg kena telan ngan air, but ofcoz x selamat sangat dengan radiation yg tersebar dgn cepat. So, dijadikan cerita.. Saya telah terbaca satu blog yg di share oleh Aafion di facebook dan terdetik untuk membaca nya.. Saya berani cakap, tetiba hati saya resa how i wish Malaysian are like Japanese.. Antara isu yang saya nak bangkitkan disini adalah..

1.Skap bantu membantu sesama insan..
Orait, dalam blog ni saya baca bahawa masa sedang susah ni, rakyat jepun sangat baik sesama sendiri. Bantu apa yang patut.. Sesama insan, bukan sesama Japanese sahaja.
Selain tu, ada jugak dia cakap yang certain kedai bagi makanan free kepada mangsa. Kalau la peniaga Malaysia boleh buat macam ni kan bagus. Bukan apa, masa banjir di Perlis tahun 2010 akhir tahun tu masa tu kawan saya telah terkandas di satu area tu.. Dorang punya lapar, tengok2 1 kedai makan jer yg buka.. Tauke kedai tu balun habis rakyat yang kelaparan ni, harga bukan main melambung tinggi. Nasi putih, ikan kecik goreng and air kosong pun dah berharga RM6. Memang layak nak buat macam tu, tapi bak kata mat salleh, have a little mercy on others.
Apa salahnya membantu dengan memberi harga makanan sama seperti biasa, x pyh bagi free kalau nak untung.

2. Sikap COOL rakyat Jepun ni buat aku terkesima
Dalam blog ni ada twitter kata rakyat Jepun tetap cool walaupun tengah merana dan ketakutan. Siap cakap walaupun atas jalan raya yang sesak dan kelang kabut, bunyi hon amat jarang didengari. Bukan nak kutuk negara sendiri, tapi saya sendiri merasainya so nak tegur la.. Kalau kat Malaysia ni.. Walaupun haritu adalah hari yang paling indah dan aman, bunyi hon tetap akan kedengaran di atas jalan raya. Pon pon ponnnnnn... Nak rasa?? P la area so called bandar or tempat yang sibuk.. Kalau masa aman damai dah bunyi hon sakan, masa semua orang dok sibuk nak menyelamatkan diri sendiri apatah lagi kan?? Tapi saya harap masa tu mentaliti rakyat kita akan semakin baik.
Selain pasal hon kereta, kenderaan awam pun penting gak masa susah2 macam di jepun. Mereka naik bus kot nak bergerak kesana dan kemari. Bab naik bus ni, dorang masih BERBARIS dan TERATUR. Ingatkan penulis blog saja jer nak puji Jepong ni, sekali tgk gbr2 yg ada d internet dan blog tu sendiri, saya sungguh apa nak cakap tah. Amazing!!!!!!!!!!!!!! dah jadi tabiat, tu la kebaikan nya bila benda ni d amalkan dari kecik.. Kalau di negara kita, nak naik kenderaan awam la paling malas saya rasa. Baiik bus, lrt, monorel dan mahupun kapal terbang.. Berpusu2, betol x betol?? Kadang2 saya mengambil keputusan untuk jerit, TAXI!!! hehe..
Hah, ada satu g yang menarik, dalam blog tu ada cakap.. Yakuza mahupun mafia di Jepun tlg jaga keselamatan jalan raya.. Huh, if it is for real, i wanna ask the police to thanks them.. (Tengah membayangkan mafia hansem tiup2 wisel) hahaha

3. Keselamatan tetap dijaga bersama

Haaaaa... Saya kagum juga bab keselamatan ni. Kalau ada masalah malapetaka mcm ni, selalunya orang yang panjang tangan dan berhati busuk suka dok pi satu tempat ke satu tempat untuk mencilok dan menjadikan hak orang lain hak mereka. Tapi, blogger tu cakap, "bencana" seperti itu tidak berlaku. Hope amat tidak kerana if betol2 tidak, i respect mereka.. Mungkin sibuk dengan keselamatan diri kot.. Tetiba saya terflash back satu berita kat suratkabar mana tah. Yang lori bawa beras eksiden dan beras jatuh besepah atas jalan raya, pemandu hanya dilihat sahaja.. Tapi beras, ewahhhhhhhhhh.. Depa dok pulun simpan dalam bekas untuk dibawa pulang.. Kemana akal fikiran dan sivik rakyat yang buat macam tu? Apa rasanya makan barang yang dikira dicurik itu? KAlau ya pun pemandu bagi ambik, owner beras bagi x dorang ambik? Halal x halal?? Pikir la sendiri.


Banyak lagi yang nak di ulas. Yang diatas adalah apa yang menarik minat saya untuk mengulas. Rasanya Jepun mendapat Tsunami because God knows that they can handle it in a very good way. And they are strong as 1 to face this disaster. Malaysia dapat sipi2 because, we are not qualified yet for disaster like that. Masalah banjir sahaja, kita dah terhuyu hayang dan bermacam perkara x baik terjadi. We need to be better Malaysian, we need to be GOOD..
I love Malaysia, and im proud to ba Malaysian.

Ni la link untuk blog tu..


Mostly are taken from twitter punya so called status.. Kesahihan adalah kurang pasti. Namun atas dasar selidikan internet, saya dapat rasa ianya adalah betol..
Hah, ada satu link g if nak tengok pasal jepun ni.


Orait itu sahaja dari saya,. Nak cerita lebih pun xdapat.. Mari berdoa untuk kesejahteraan kita bersama..





Saturday, March 12, 2011

cis..

Bengong.. Just another short note..
Saya nak cakap saya tak sedar dah nak masuk finak exam..
and sekarang saya ada assignment yang tak siap2 lagi..
bengong, kepala otak ni dah malas.. kena virus banyak sangat..
Hibernet melapau and shutdown beribu2 kali dah..
Kena overhaul kot baru la ok..
Saja ja nak merapu.. Malas nak bercakap coz semua orang ada masalah yang sama..
Sekarang kalau boleh saya nak berjalan jauh jauh and menikmati keindahan alam puas puas..
Ekonomi saya dah merundum, investment tak berjalan. Malas punya pasal.. Kalau rajin dah balik modal dah.. Ok, ada x sesapa yang nak buat facial treatment?? haha... saja bertanya..
Saya dah hilang arah tuju, sila la guide saya balik..
Peliz la tolong saya kerana saya perlukan bantuan.. Tarik telinga saya n suruh saya belajar, macam cikgu2 masa sekolah buat.. Hahaha.. Okayla.. Saja jer.. Nanti update yang betol punya..
=)
 
me,myself and i'm prisc - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore