Wednesday, June 15, 2011

Coach Carter, my fav movie ever!!

Coach Carter ni sebenarnya adalah movie dimana seorang coach berkulit hitam bernama Coach Carter telah mengambil cabaran untuk menjadi jurulatih kepada Richmon High school. Team Richmon adalah team yg terulung masa Coach tersebut menjadi salah seorang player namun semakin merundum dan terok semasa dia menerima tawaran untuk melatih mereka. Movie ni mempunyai watak yang mempunyai masalah peribadi yang berlainan dan ianya sebenarnya terjadi dalam kehidupan kita yang nyata. , Movie ni perghh, wa cakap sama lu best siot.. Bahasa sopan, saya nak bagitau movie ni best tau.. Terutama kepada peminat basketball dan orang yang berjiwa sentimental. kenapa jiwa sentimental? Kerana movie ni bukan setakat nak ajar macam mana nak main basketball dengan hebat dan mantap, tapi movie ni ajar tentang discipline, attitude, hardwork, friendship, teamwork and most important is RESPECT.
Apa erti kehidupan kita kalau kita x pandai nak hormat orang? Kita kena la belajar untuk hormat orang, kerana kalau la kita hormat orang yakin dan percayalah anda akan lebih disenangi dan dikenali dengan kebaikan. All you hear about you is good thing, no more tears from bad mouth. Orang hormat kita lebih baik daripada orang gerun kepada kita.. Untuk dihormati, kita kena la belajar untuk hormat orang. Dalam movie ni mengajar untuk menghormati orang yg lebih muda, lebih professional, kawan2 kita.. Dan paling penting hormati la pihak lawan kita, x kira mereka lebih kuat, setanding atau lemah dari kita. Biarlah pertandingan itu berlangsung dengan rasa puas hati dan saling senang menyenangi..
To build a really good and great team need lot of hard work.. Tengoklah macam mana Coach Carter berus dan latih pemain2 dia ni, how i hope i can be in their shoes too. Must be hard but really worth it. Dorang berlatih macam nak mati, kena tekan tubi beratus kali, suicide ( lari dalam court berulang kali ikut line n sentuh court) berpuluh2 kali, shooting and beberapa secret weapons yg mengunakan nama perempuan. Apa yang paling best adalah, dalam movie ni coach cakap apa yang penting adalah NEVER STOP RUNNING.. x kira apa jadi, dont stop and give up, but run and keep on trying.
Part paling saya suka adalah part last game, dorang kalah kat the strongest team. And dorang kalah tipis jer, nak tau setipis mana tengok la sendiri. Tapi coach dorang x marah, coach dorang bangga coz they keep on trying until the last moment and they are winner in their way of playing the game. Seriusly, walaupun dah tengok berkali kali movie n i, saya tetap berdebar tengok part dorang kalah. Nak tau kenapa?? next post i will share y, I have my own experience that is the same with the situation.
Movie ni juga mengetengahkan maksud sebenar STUDENT ATHLETES dimana STUDENT iaitu pelajar datang dahulu dan diikuti oleh atlit. So, maksudnya, walau apapun pelajar tu buat, pelajaran tetap didahulukan. Selalu orang cakap bahawa sesiapa yg join sukan ataupun aktif dalam aktiviti di sekolah or uni akan mendapat result yang teruk. Dorang kena paham bahawa walauapapun dorang buat, pastikan pelajaran tetap menjadi yang utama. Cikgu cikgu juga kena memainkan peranan yang penting, buat macam coach carter buat, kalau x dapat GPA 2.0 dia kena buang dari team. Isnt it cool?? That mean that the student will do whatever it takes to make sure that they still in the team.
Ok, what next to say?? Banyak sangat benda best dalam movie ni.. Kalau x tengok lagi sila la tengok ok.. X rugi 2 jam anda itu. Banyak kata2 motivasi dalam movie ni..
Nanti bakal saya cerita pulak my best team ever and my best coach i ever had. I miss my BTB team and coach anis. Bila lagi nak jumpa.. later i will post about us.. adios, enjoy the pictures...


Saya suka dia ni.. Ngeee... 3 pointer punya orang..





No comments:

 
me,myself and i'm prisc - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore